Jumaat, 5 Disember 2014

Minat berniaga timbul dalam diri

Assalamulaikum..
Kepada pembaca yang telah membaca blog saya ini then namapk blog saya ni tak aktif 
sebenarnya ada bersebab dan antara sebab-sebabnya ialah:-

1. Saya masih belajar di peringkat sekolah
2. Sibuk dengan kerja sekolah yang melambak
3. Internet bila akhir-akhir bulan slow
4.Kadang-kadang tak ada cerita yang nak diceritakan

Setakat ni itu saja sebab-sebab saya :)
Sebenarnya dah terlajak sikit daripada tajuk

Sebenarnya,saya ada minat dalam berniaga,tapi tak tahu sifat berniaga ni datang daripada siapa.Tetapi saya tak berapa kisah dengan perkara tu.
Jadi,saya minat berniaga sewaktu saya sekolah rendah.
Ceritanya macam ni,
Sepupu saya dulu berniaga burger di luar rumah Wan saya erti kata lain rumah nenek saya ye..
Dulu bila saya balik Klang (rumah nenek) saya,saya boleh dikatakan suka tolong bungkuskan burger untuk pelanggan,letak sayur2..Rasa best sangat and waktu tu tak ada rasa malu sangat..Buat semua tu selamba je..Hahahah..
Tapi sekarang susah sikit nak berdepan dengan orang lain.
-Tamat Cerita-

So rasanya di situ lah tumbuhnya rasa minat untuk berniaga.
But sebelum habis sekolah bulan lepas,ada cikgu ni (bekas cikgu tahun lepas) dia hentam saya depan 2 orang kawan saya.
Dia tanya pada kawan-kawan saya ''dia ni tak banyak cakap juga ke tahun ni?''.
Then diorang cakap "Ha'ah".
Then cikgu tu tanya nanti lepas habis belajar nak jadi apa?
Cikgu tu cakap balik "dia ni tak sesuai jadi peguam,pensyarah,guru, dan lain-lain.
Then,cikgu tu tanya balik.So saya cakap yang saya nak jadi perniaga.
Tiba-tiba cikgu tu cakap "tak boleh tak boleh sebab awak ni pendiam"
Then dalam hati cakap "ye saya tahu ibu saya baru cakap semalam" 
Cikgu tu sambung balik "tapi awak sesuai jadi ustazah yang ajar budak-budak tu"
Hati rasa Argghh..Ye lah cikgu..Ye lah..
Banyak lagi cikgu tu hentam saya seorang disebabkan saya ni pendiam dalam kelas..
Tapi cikgu tu tak ada lah kejam sangat or jahat sangat..
Sekali sekala cikgu tu ok je..
Terima kasih cikgu kerana bersusah-payah mengajar kitorang tahun lepas.
Cikgu saya merupakan cikgu India tapi tak semestinya semua cikgu India sama..  

Back to the topic,
Saya sekarang sedang survey website yang berkaitan dengan perkilangan..
Sebab saya bercadang nak berniaga baju-baju muslimah,baju t-shirt biasa and beberapa tudung.
Tapi kalau boleh saya nak buat design sendiri.
Sekarang sedang cuti so saya ada sikit-sikit buat design sendiri and sedang cari nama yang sesuai untuk jenama saya sendiri.Insyallah mungkin tahun hadapan atau tahun yang berikutnya.Insyallah..Semoga Allah permudahkan..Sesiapa yang nak cadangkan pakaian yang selalu korang rasa susah nak jumpa.Please comment.Insyallah saya akan tolong usahakan :)
Terima kasih ke atas kerjasama anda

Assalamualaikum

Selasa, 14 Oktober 2014

Kucing comel

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tak update blog..
Saya tahu bukan ramai pun yang baca blog ni so tak ada siapa pun yang perasan saya dah lama tak update blog kan? Hahahah..Touching jap..

Okay lah,hari ini saya nak tunjukkan gambar kucing comel yang berada di rumah nenek saya..
Tapi ini gambar dia kecik lagi yang besar tak berapa besar tu lain kali kite post lah ye..
Entah bila akan update blog lagi




Khamis, 12 Jun 2014

Cukur Jambul Si Comel dan Ulang Tahun Kelahiran Anak Buahku


Assalamualaikum..

Hari ini malas nak menaip banyak sangat.
Kalau dilihat TAJUK nya mesti korang semua sudah faham jadi saya akan tunjukkan saja gambarnya.
Hahahaha..Ini semua buat #throwback je








That All For Today :)

Assalamualaikum

Sabtu, 31 Mei 2014

Ulang Tahun Kelahiran Ku..

Assalamualaikum :)

Sanah Helwah to me :)
 Hahaha..Semalam sebenarnya ulang tahun kelahiran kite :) 
Yang peliknya,ulang tahun kelahiran kite yang dulu,kite ingat tapi semalam tak tahu kenapa boleh lupa..Mungkin sebab penat sangat pergi Program Saintis Islam dari pagi sampai petang..Yelah,sehari suntuk..Dah tiga hari.Nasib baik hari sabtu dan ahad tak ada.Dapat lah juga rehat2 kan badan ni (rehat sangat).
Waktu balik pun sama,buka  pintu masuk macam biasa lah.Last2 tengok ayah buat surprise ada kek atas meja and pizza.'Tengok tu,betapa penatnya sampai lupa lagi'
Hahahah..buat malu je kot..Heheheh..
Kite nak upload gambar kek tapi malas pula ;)

Hadiah pun kite dapat iaitu JUBAH :):):):)
Dah lama teringin nak jubah and akhirnya..
ALHAMDULILLAH..
Tak lupa gak dapat pendrive tempat kerja ibu kite.
Mula2 kite tak cam gak.Ingat kerete mainan rupa2 PENDRIVE and ini juga salah satu yang kite dah lama nak..
Tengok tu..Allah makbulkan apa yang kite nak tapi kite tak pernah nak bersyukur..
Ya Allah..Please forgive ME :'(
and
Thank you so much to my family for the surprise especially to 
Allah :)

-Allah is My LOVE-

That all..Assalamualaikum :")

Khamis, 17 April 2014

Teringin Menunaikan Umrah :')


Assalamualaikum..

Tahun lepas ketika cuti sekolah,hati memang dah terpanggil untuk menunaikan Umrah.
But I still Form 4 and no money to go at there..I try my best to save my balance money that my father give me to expence at school.Pernah satu cerita tentang seorang perempuan/lelaki yang sudah berusia dia simpan RM10 sebulan selama 30 year? So,kalau dia boleh simpan..no excuse for we not to save our money.

Ya Allah,I really x100 want to go to your house.
Ya Allah,I hope i can be at there before I die.I hope my dream will become truth.
Ya Allah,I hope I can go at there with my family.
I begging to you Allah..
and
I hope to those who want to perform Umrah, I hope you can go there..
and do not to opportunity because you have choice to go to Allah's House :)




*I think I will cry like this men went I prayer

Ya Allah aku berharap agar aku dapat menunaikan Umrah bersama ahli keluarga ku..
Ya Allah,kau murahkan lah rezeki ku ini T-T









Selasa, 15 April 2014

Hari Ceria @ UMW


                             Assalamualaikum..     

Hari ini saya ingin menunjukkan beberapa gambar yang telah saya ambil pada 12 April 2014.
Pada hari tersebut,banyak aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan termasuklah sand art,mencanting batik,menganyam tikar dan sebagainya.

Tarikh: 12 April 2014 (Sabtu)
Tempat: UMW

Gambar-gambar Hari Ceria @ UMW

Sand Art :-




Canting Batik :-

                                                    *My Father







Menganyam tikar :-

 *My Mom

#Kalau korang perasan,kite tak tunjuk full muka sebab kalau boleh nak menjaga my family :)
*Sorry ayat skema..


-Tamat-



Selasa, 1 April 2014

Sayangi Diri Anda By Effafarhana

Assalamualaikum,
Jom Join :)

"1st Giveaway By BCA"

Assalamualaikum,
Jom join..

1st Giveaway By Bella Nabieyla

Assalamualaikum :)

Jom join 1st Giveaway by Bella Nabieyla


Tarikh tamat pada 10 April 2014

Khamis, 13 Mac 2014

Rabu, 12 Mac 2014

Blog Comel :)



Assalamualaikum..
Kali ini kite nak buat entry tentang blog yang comel + cantik + simple
Sangat nice :)
Kite suka sangat.Harap korang suka juga :)
This is their blog

That All
-Assalamualaikum-

SHiemaCMa 1st Giveaway 2014


Assalamualaikum,
Korang jom join GA di atas dengan pantas sebelum terlambat.

Nota :-
Ga akan berlangsung selama 3HARI jer..
Pada 14hb CMa akan keluarkan Senarai Peserta.
Dan 15hb CMa akan Umumkan Pemenang Bertuahnyer..
pemenang dipilih secara cabutan bertuah yee..
Seri yang akan cabut undi ^^

Dan Hadiahnyer :-

TOP UP RM30 Atau Wang Tunai RM30 (Pilihan)

Jom same2 Meriahkan 1st  Giveaway CMa ni.. 

Selasa, 11 Mac 2014

Seorang Photographer Menengah




*Adik-adik ku dan seorang sepupu

*Pasir pantai

*Ala-ala kasut pantai

Gambar tahun lepas or tahun ni.Lupa pula..Heheheh..
Kite minat ambil-ambil gambar.Ala-ala photographer gitu..
:) Kalau korang nak tahu kite minat melukis and ambil gambar.
Terutama kucing-kucing yang bulu lebat tu..Huuuuu..Tak leh lah.Geram pula bila bayangkan..
Kite still sekolah sbb tu tak ada masa nak blog-blog ni.Minggu lepas baru je habis exam.
Banyak kena buat.Biasalah mata pelajaran baru semuanya.
Ambil kelas LK.Subjek yang menyeramkan kite adalah------> Fizik and Kimia
Pergghh..Hari-hari asyik fikir nak tukar class but kite still nak ambil subjek LK..Hermm..
Dugaan untuk tahun ni and yang paling menyedihkan ramai kawan-kawan yang pindah terutama kawan baik kite Busyra...
Insyallah kite akan berjumpa lagi.
-Sayang semua-

Assalamualaikum


Doakan MH 370




Baru-baru ni memang kecoh tentang Kapal Terbang MAS MH370.
Kite pun pasti korang mesti dah tahu.So kite semua doakan lah yang terbaik agar pencarian MH370 dipermudahkan.Setiap perkara pasti ada hikmah di sebaliknya dan bukan suka-suka.
Semoga seluruh ahli keluarga mangsa tabah dan sabar dengan semua rintangan ini.

Ya Allah,
semoga dengan dugaan ini Engkau bukakan mata dan hati setiap umat Islam di muka bumi ini untuk mempelajari setiap dugaan yang Engkau berikan dan insaf dengan kelakuan mereka yang dahulu.
Amin

Kite cuma merancang tetapi Allah yang menentukan.
Allahuakbar!