Selasa, 14 Julai 2015

Insaf

Insaf

Perkataan yang penuh makna
perkataan yang perlu dilakukan
setiap masa setiap minit setiap saat
tanpa ia diri penuh dengan
kejahatan
tanpa henti tanpa kita sedar

Bila kita tidak lakukan
diri akan dihurung rasa
yang tidak selesa
yang tidak dapat digambarkan
kecuali
diri sendiri

Sebagai manusia
setiap orang
perlu ada rasa
keinsafan dalam diri
supaya benih-benih
kebaikan
sentiasa tersemai
di dalam hati