Selasa, 14 Julai 2015

Insaf

Insaf

Perkataan yang penuh makna
perkataan yang perlu dilakukan
setiap masa setiap minit setiap saat
tanpa ia diri penuh dengan
kejahatan
tanpa henti tanpa kita sedar

Bila kita tidak lakukan
diri akan dihurung rasa
yang tidak selesa
yang tidak dapat digambarkan
kecuali
diri sendiri

Sebagai manusia
setiap orang
perlu ada rasa
keinsafan dalam diri
supaya benih-benih
kebaikan
sentiasa tersemai
di dalam hati

Ahad, 15 Mac 2015

Karnival warna-warni D'seven

                    Assalamualaikum,                 
Karnival warna-warni di seksyen 7 sudah bermula.Tarikh karnival ini bermula dari 13.03.2015 sehingga 15.03.2015.Cepat datang sebab hari ini last day dan macam-macam jualan ada dan untuk kanak-kanak juga ada tersedia permainan seperti belon atas air yang boleh golek-golek atas air tu.Hari ini saya nak tunjukkan gambar belon panas yang berada di Sekolah Rendah Seksyen 7 Shah Alam pada malam tadi. 
                                                                              Tak lupa juga datangnya seorang ustaz bersama beberapa sahabatnya untuk menjayakan karnival di situ dengan mengadakan program Amalan Berselawat bermula dari pukul 7.00 malam. 
                                              
                                                  Sekian terima kasih laporan daripada saya.  Assalamualaikum.

Khamis, 29 Januari 2015

Apek

Assalamualaikum,

Aduh aduh aduh..Budak sekarang ni tak malu ke terpekik terlolong?
Haiyoo..Hari ini nak tulis something disebabkan ada budak form 3/4 ni dia selamba badak dia je terpekik terlolong tapi sambil buat lawak.Kelakar gak kalau dengar sampai ramai yang ketawa dalam bas tu or maybe saya sorang je yang ketawa.Haahahahh..

Cerita dia macam ni.
Ada budak lelaki ni (adik kepada kawan kelas saya lelaki) dia ada campuran cina sikit so mata dia nampak memang sepet lah kan.So budak perempuan ni naik bas sama dengan saya lah kan.
Budak permpuan tu pun ternampak lelaki tu sedang jalan sorang-sorang and then budak perempuan tu cakap "apek!apek!bukak mata apek!depan tu ada tiang kang terlanggar pulak!".
Pehh..memang tak tahu nak cakap apa lah kan.Pertama bila dengar kelakar tapi keduanya tak baik ejek orang tu yang ketiga dalam bas dah lah ramai orang so dia menjerit kat depan pintu bas and cakap benda tu.So budak perempaun tu just memalukan/menjatuhkan maruah lelaki tu lah.Saya tak tahu apa masalah perempuan tu and lelaki tu sebelum ni sehingga lah budak perempuan tu berani ejek budak lelaki tu.
Apedahhh..Haiyoo..

Kesimpulannya:-
1. Kita janganlah mencalarkan imej seseorang di depan orang ramai.
2. Tolong jaga adab sebagai perempuan
3. Anggota badan ini dicipta oleh Allah SWT jadi tidak baik mempersendakan ciptanNya.

-That All-
Assalamualaikum :)